Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Forum Ilmuwan Malaysia Madani di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 16 MAC 2026.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya undang-undang antarabangsa mahu mengekalkan kredibiliti, ia mesti terpakai sama rata kepada semua.

Beliau berkata, undang-undang antarabangsa akan hilang kredibilitinya jika ia digunakan secara terpilih.

Jika undang-undang antarabangsa ingin mengekalkan kredibiliti, ia mesti terpakai sama rata kepada semua.

“Prinsip kehilangan autoritinya apabila ia digunakan secara selektif.

“Ketidakkonsistenan boleh menjejaskan keyakinan terhadap asas sistem antarabangsa,” katanya berucap pada Forum Ilmuan Malaysia Madani (FIM) di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini hari ini.

Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB-SDSN), Profesor Jeffrey D Sachs hadir pada Program Forum Ilmuwan Malaysia Madani di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 16 MAC 2026.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Anwar juga berkata, wacana intelektual itu dianjurkan ketika negara berdaulat Republik Islam Iran menjadi sasaran serangan ketenteraan rejim Israel dan Amerika Syarikat (AS).

“Perang itu didorong oleh cita-cita hegemoni Israel di Asia Barat dan dibantu serta disokong oleh jentera perang Amerika Syarikat yang hebat.

“Pembunuhan yang disasarkan terhadap pemimpin keagamaan, politik dan tentera dilaksanakan dengan tepat, sementara serangan peluru berpandu membunuh kanak-kanak sekolah semasa mereka menjalani pelajaran,” katanya.

Anwar mengakui, Malaysia tidak terkecuali menerima kesan rantaian peperangan di Timur Tengah itu termasuk ketidakstabilan di rantau Asia serta gangguan besar-besaran dalam pasaran tenaga global.

“Saya baru mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan sudah tentu kami perlu membincangkan beberapa isu utama.

“Ini kerana peperangan ini mempunyai implikasi yang meluas ke seluruh dunia dan turut menjejaskan kita di sini, di Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast