KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan orang ramai pepasangan elektrik seperti tiang, kabel dan talian elektrik adalah berbahaya serta tidak boleh disentuh atau diceroboh oleh mana-mana pihak.
Kenyataan itu merujuk kepada satu kemalangan renjatan elektrik maut melibatkan tiga orang di sebuah tiang talian elektrik berhampiran Taman Rapat Mutiara, Ipoh, Perak semalam dipercayai berkaitan cubaan mencuri kabel di pepasangan elektrik.
“Pihak TNB yang digerakkan ke tempat kejadian telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Tenaga bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi pepasangan elektrik dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa atau TNB bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Tiga lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB
















