MEKAH – Kerajaan Arab Saudi mengumumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini akan berlangsung pada Jumaat ini atau 20 Mac 2026.
Ia susulan penampakan anak bulan bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadai pada petang Rabu.
Berikutan itu, umat Islam di negara berkenaan akan berpuasa selama 30 hari bagi tahun ini.
Proses cerapan hilal dibuat pada petang 29 Ramadan pukul 5.07 minit waktu tempatan dan keputusan penetapan 1 Syawal diputuskan pada waktu Maghrib tadi.
Difahamkan solat sunat Aidilfitri dijadual berlangsung 15 minit selepas matahari terbit pada Jumaat.

Sehubungan itu menerusi Haramain Info memaklumkan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Al Haram akan diadakan pukul 6.39 pagi waktu tempatan akan diimamkan oleh Sheikh Usaamah Khayat. – MalaysiaGazette
















