Program Pengagihan Makanan kepada komuniti gelandangan diadakan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku.

KUALA LUMPUR – Attana Hotels & Resorts (Attana) komited memberi kegembiraan pada setiap Ramadan kepada golongan yang memerlukan.

Menerusi inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melibatkan lima hartanahnya iaitu Perdana Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Espira Kinrara, Villea Morib, Villea Port Dickson dan Villea Rompin Resort & Golf.

Ketua Pegawai Operasi Attana, Mohd. Iqmal Muslim berkata, ia meliputi kerjasama Program Pengagihan Makanan kepada komuniti gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku di mana sebanyak 250 pek makanan dan 250 pek barangan makanan kering telah diagihkan kepada individu gelandangan dan golongan kurang berkemampuan.

Menurut beliau, turut diadakan majlis iftar di Perdana KLCC bersama Keluarga Nilam dan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam bagi meraikan anak-anak dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, serta Asrama Anak-Anak Yatim Darul Taqwa.

“Selain pemberian duit raya kepada setiap kanak-kanak yang hadir sebagai tanda ingatan, sejumlah RM8,770 disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa Puchong bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

“Kerjasama ini diteruskan untuk tahun kedua bagi mengukuhkan lagi komitmen kami untuk berdiri bersama komuniti yang paling memerlukan sokongan.

“Kami berharap usaha ini dapat menginspirasi lebih banyak pihak untuk bersama-sama menzahirkan semangat keprihatinan dan memberi kembali kepada masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast