KUWAIT CITY – Serangan dron telah membedil kilang penapisan minyak Mina Al-Ahmadi di Kuwait pada Jumaat, mencetuskan beberapa kebakaran.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang korban nyawa menurut media negara yang memetik syarikat minyak nasional.
“Penapisan Mina Al-Ahmadi… telah menjadi sasaran beberapa serangan dron musuh awal hari ini, menyebabkan kebakaran di beberapa unitnya,” lapor agensi berita rasmi Kuwait News Agency, sambil menambah “beberapa unit penapisan telah ditutup”.
Tentera Kuwait kemudian memaklumkan, kebakaran berjaya dikawal tanpa sebarang kecederaan.
“Dua dron menyasarkan salah satu unit di kilang penapisan milik Kuwait Petroleum Corporation, mengakibatkan kebakaran yang berjaya dikawal oleh pasukan khusus tanpa sebarang kecederaan,” menurut kenyataan di platform X. – Agensi
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















