Foto: AFP

ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 210 kanak-kanak maut manakala 1,510 yang lain cedera di Iran sejak bermulanya serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, kata menteri kesihatan negara itu pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi ISNA, Mohammad-Reza Zafarghandi berkata kira-kira 300 pusat kesihatan, perubatan dan kecemasan turut mengalami kerosakan sejak 28 Feb lepas.

Selain itu beliau menambah, kira-kira 30 ambulans rosak dan tidak dapat lagi digunakan.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ali Khamenei. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast