Sebahagian warga asing yang diperiksa menerusi Ops 'Omnipresent' yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor di sekitar Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 23 MAC 2026.

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen (JIM) Selangor memeriksa 300 warga asing di beberapa lokasi tumpuan di sekitar negeri ini menerusi Ops Omnipresent bermula kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Pengarahnya, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi sehingga pukul 3 petang itu dilaksanakan di beberapa kawasan titik panas yang dikenal pasti menjadi tumpuan warga asing.

“Antaranya Pasar Taman Seri Muda dan Dataran Otomobil, Seksyen 15 di Shah Alam; hentian bas di Pelabuhan Klang, Terminal Bas Klang, Kawasan 13 Klang, Pasar Borong Selayang serta Mentari Court, Petaling Jaya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebahagian warga asing yang diperiksa menerusi Ops ‘Omnipresent’ yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor di sekitar Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 23 MAC 2026.

Beliau berkata, seramai 16 pegawai JIM Selangor terlibat dalam operasi itu bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta memelihara ketenteraman awam sepanjang musim perayaan.

“JIM Selangor akan terus mempergiat penguatkuasaan secara berterusan dan menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sebahagian warga asing yang diperiksa menerusi Ops ‘Omnipresent’ yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor di sekitar Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 23 MAC 2026.

Beliau berkata, operasi terbabit dilaksanakan menggunakan kenderaan rasmi JIM Selangor dilengkapi lampu beacon.

“Pemasangan lampu tanpa siren untuk menyatakan kehadiran penguat kuasa serta memberikan keyakinan kepada masyarakat terhadap usaha pemantauan yang dijalankan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast