KUALA LUMPUR – Dua beranak ditemukan meninggal dunia di dalam rumah mereka di Kampung Zainol Abidin, Bedong dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.05 petang.
Menurutnya, pemeriksaan di lokasi menemukan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dan ibunya berusia 70-an di bahagian ruang tamu serta dapur rumah berkenaan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan akibat senjata tajam pada kedua-dua mangsa.
“Polis terpaksa memecah masuk ke dalam rumah kerana pintu berkunci dari dalam,” katanya hari ini.
Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan laporan bedah siasat.
Tambahnya, kedua-dua mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum ditemukan. – MalaysiaGazette
















