Mohammad Bagher Zolghadr dilantik Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran. Foto: Tangkap layar media sosial

TEHRAN – Iran melantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, menggantikan Ali Larijani yang terbunuh dalam serangan Israel-Amerika Syarikat.

Perkara itu disahkan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden pada Selasa.

Zolghadr yang merupakan bekas komander Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha Majlis Penentuan Dasar Kepentingan (Expediency Discernment Council) Iran.

Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri serta pembantu kepada ketua badan kehakiman bagi hal ehwal strategik.

Zolghadr menggantikan Larijani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat-Israel di Tehran pada 17 Mac.

Amerika Syarikat dan Israel telah melancarkan serangan udara berterusan ke atas Iran sejak 28 Februari, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ali Khamenei.

Tehran pula bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat.

Serangan-serangan tersebut menyebabkan korban jiwa dan kerosakan kepada infrastruktur, selain mengganggu pasaran global dan jadual penerbangan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast