KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan dipercayai menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki yang dikenali ketika berada di rumah saudaranya di kawasan Merotai Besar di Tawau, Sabah baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat.
Suspek lelaki warga asing berusia lingkungan 20 tahun berjaya ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai dengan bantuan masyarakat setempat.
“Suspek diberkas di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Simpang Tiga Merotai Besar dan dipercayai terlibat dalam kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -MalaysiaGazette
















