Seorang lelaki berusia 39 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh seorang bekas ahli perniagaan di Amarin Kiara pada Julai 2022. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 8 Jun sebagai tarikh sebutan kes.














