Pengarah Urusan Kawalan Sri Setia, Joshua Matthew Adrian menerima pengiktirafan The Asia Records sebagai bukti dedikasi pasukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

KUALA LUMPUR – Kawalan Sri Setia melakar sejarah apabila diiktiraf oleh The Asia Records selepas mencatat kadar pengekalan pelanggan tertinggi dalam kalangan syarikat keselamatan bertaraf tinggi bagi tahun 2025.

Pengiktirafan tersebut membuktikan komitmen kukuh syarikat terhadap kecemerlangan perkhidmatan serta keupayaan membina perkongsian jangka panjang bersama pelanggan.

Pengarah Urusan Kawalan Sri Setia, Joshua Matthew Adrian berkata, pengiktirafan berkenaan juga disifatkan sebagai bukti dedikasi pasukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik yang mencerminkan komitmen syarikat dalam membina hubungan yang kukuh dan berpanjangan dengan pelanggan.

“Pencapaian ini turut mengukuhkan kedudukan Kawalan Sri Setia sebagai penyedia perkhidmatan keselamatan yang dipercayai serta komited terhadap kecemerlangan industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kawalan Sri Setia merupakan syarikat keselamatan tempatan yang menawarkan penyelesaian keselamatan profesional melibatkan sektor korporat, komersial dan kediaman.

Melalui penekanan terhadap kecemerlangan operasi, penyelesaian keselamatan yang disesuaikan serta penyampaian perkhidmatan yang konsisten, mereka berjaya membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

Mengulas lanjut, Joshua berkata, pengiktirafan oleh The Asia Records juga menyerlahkan komitmen berterusan syarikat terhadap kepuasan pelanggan, kebolehpercayaan perkhidmatan dan kepercayaan.

“Faktor-faktor ini memainkan peranan penting dalam mencapai tahap kesetiaan dan pengekalan pelanggan yang luar biasa,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast