Zizi Kirana kini muncul dengan single terbaharu berjudul Pijak.

KUALA LUMPUR – Hantaran penyanyi Zizi Kirana, 41, yang berkongsi sebaris maksud ayat al-Quran mengenai perasaan berserah terhadap ketentuan takdir kini menarik perhatian netizen di media sosial,

Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil berkata,  Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya dan menyerahkan segala ketetapan kepada Tuhan.

“Dan aku menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku) sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba Nya. Surah Ghafir ayat 44,” tulisnya berserta emoji hati berwarna putih.

Hantaran dikongsikan Zizi Kirana itu kata netizen diumpamakan gambaran peribadi yang tersirat dalam hatinya.

Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana.

Baru-baru, Zizi Kirana menjadi sorotan ramai di media sosial apabila didakwa tidak meraikan Aidilfitri dengan suami, Yusuf Bahrin, 34, dan masing-masing didapati meluangkan masa bersama keluarga secara berasingan.

Spekulasi yang timbul menjadi lebih hangat selepas kedua-duanya memuat naik gambar sambutan 1 Syawal baru-baru ini di media sosial tanpa kehadiran pasangan di sisi.

Yusuf yang berkongsi foto bersama ahli keluarganya dengan kapsyen ringkas, ‘raya dalam suasana tenang’ sekali gus secara tidak langsung mengundang persoalan dalam kalangan warga maya.

Pada masa sama, Zizi Kirana juga didapati turut memuat naik gambar seorang diri tanpa kehadiran Yusuf dalam hantaran yang dikongsi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata. – MalaysiaGazett

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast