Seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan di Felda Tenggaroh, Pantai Tanjung Leman, Mersing, hari ini.

MERSING – Seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan dengan menaiki bot di kawasan Felda Tenggaroh, Pantai Tanjung Leman di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ikmal Hafiz Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 8.36 malam.

Susulan itu seramai lapan anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah utility dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 69 kilometer.

“Maklumat awal daripada kawan mangsa, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun dikhuatiri lemas semasa menjalankan aktiviti nelayan.

“Operasi masih giat dijalankan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast