Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menyelar pembangkang dan pihak lain kerana didakwa mempolitikkan isu kenaikan harga runcit petrol dan diesel adalah tidak tepat.

Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali mendakwa, Dr Muhamad Akmal seharusnya memahami bahawa beban kenaikan harga bahan api memberi kesan langsung kepada rakyat, termasuk peningkatan harga barangan keperluan.

“Kerajaan jelas mempolitikkan isu ini apabila kenaikan harga hanya melibatkan Semenanjung, sedangkan Sabah dan Sarawak tidak mengalami perkara sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berkongsi pengalaman mengisi diesel di Sabah baru-baru ini yang menurutnya jauh lebih murah berbanding di Semenanjung, selain tidak memerlukan pengenalan diri.

Pada masa sama beliau mempersoalkan mengapa pimpinan tertentu tidak bersama rakyat mengkritik kenaikan harga berkenaan.

Tambahnya, kenyataan Dr Muhamad Akmal yang menyelar pembangkang dan rakyat dalam isu itu juga disifatkan mempunyai unsur politik.

Terdahulu, Dr Muhamad Akmal dilaporkan mengkritik pembangkang dan individu tertentu yang menurutnya mempolitikkan isu kenaikan harga petrol dan diesel dengan mengkritik kerajaan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast