Portal Halal Malaysia

MELAKA – Portal Halal Malaysia melaporkan sebuah syarikat kopi beralamat di Melaka, Heng Loong Coffee Sdn Bhd tersenarai dengan status “Sijil Telah Ditarik Balik”.

Platform rasmi di bawah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mencari direktori halal.

“Status sijil halal Heng Loong Coffee Sdn Bhd beralamat di Taman Tanjung Minyak telah ditarik balik. Turut ditarik balik adalah Tian Hup Seng Biscuits Factory Sdn Bhd di Taman Telok Mas,” kata maklumat portal berkenaan.

Portal Halal Malaysia boleh diakses orang ramai termasuk untuk semakan status halal bagi produk, premis makanan dan perkhidmatan, memeriksa logo halal dan ketulenan produk.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan sebuah kilang memproses kopi di Melaka ditarik sijil halal selepas dipercayai menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi dalam operasi pembersihan peralatan.

Keputusan itu dibuat selepas analisis oleh Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) pada Mac lalu mengesahkan berus berkenaan mempunyai ciri fizikal bulu babi, sekali gus melanggar piawaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Kejadian terbongkar selepas pemeriksaan halal dilakukan Bahagian Pengurusan Halal, JAIM Januari lalu mendapati pekerjanya menggunakan berus diperbuat daripada bulu haiwan untuk membersihkan peralatan kilang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Guna berus babi bersih alat buat kopi dan biskut, sijil halal kilang di Melaka ditarik

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast