BENTONG – Enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di sini sejak kelmarin sudah ditemukan selamat.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kesemua mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini kira-kira 9.30 malam semalam.
“Kesemua mereka didapati berada dalam keadaan selamat. Hasil siasatan awal mendapati isteri bersama anak-anak keluar daripada rumah tanpa memaklumkan kepada suami yang merupakan pengadu disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya penduduk Bentong atas kerjasama dan maklumat yang diberikan sehingga mangsa berjaya dikesan.

Semalam, polis Bentong menyiarkan kenyataan sedang mengesan enam sekeluarga yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Orkid, di sini sejak 30 Mac lepas.
Pengadu yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa mendapati kesemua ahli keluarganya itu tiada di rumah kira-kira pukul 6.30 pagi hari tersebut dan membuat laporan polis pada hari yang sama. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
6 sekeluarga dilaporkan hilang di Bentong, polis mohon bantuan orang ramai
















