Bot fiberglass mangsa terdampar di pantai

KUANTAN – Seorang nelayan dikhuatiri hilang di laut selepas keluar mencandat sotong berhampiran Pantai Sepat, di sini.

Mangsa bernama Mohd Ishak Ismail, 63 dikatakan tidak pulang selepas keluar ke laut menaiki botnya dari Jeti Tanjung Api, di sini sejak jam 10 pagi kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.57 malam tadi dan memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi.

“Hasil maklumat diterima daripada anak mangsa, kebiasaannya mangsa akan pulang keesokan hari selepas keluar ke laut, tapi pihak bomba mendapati hanya bot jenis kaca fiber terdampar di pantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Kuantan) ditugaskan di lokasi bagi menjalankan SAR mengesan warga emas itu.

Katanya, pencarian turut dilakukan di pesisir pantai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast