Pekarangan Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 16 JUN 2025.(GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengerusi sebuah kuil di Selangor dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok, berhubung dakwaan penyelewengan dana rumah ibadat berjumlah kira-kira RM50,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 70 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah pada pukul 9 pagi selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selama empat hari bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menyeleweng dana yang sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja pembaikan kuil berkenaan, dengan kejadian dikatakan berlaku sekitar November 2021.

Difahamkan, suspek turut bersekongkol dengan seorang lagi individu yang telah ditahan pada Mac lalu, dengan mengemukakan invois tuntutan perkhidmatan rundingan bernilai RM50,000.

Bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan yang didakwa itu dipercayai tidak pernah dilaksanakan dan hanya dijadikan alasan bagi memperdaya pengurusan kuil.

Sumber sama memaklumkan, kuil terbabit yang dipercayai telah wujud sejak tahun 1950-an bergantung kepada sumbangan penganut agama Hindu sebagai sumber kewangan utama.

Dalam pada itu, siasatan SPRM turut mendapati pendaftaran kuil berkenaan telah dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Oktober 2024.

Selain itu, struktur kuil tersebut juga didapati dibina di atas tanah milik kerajaan tanpa kebenaran. – MalaysiaGazette

SPRM tahan bekas pengerusi disyaki seleweng dana kuil kira-kira RM50,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast