Gambar Muhammad Irfan Riduan

PEKAN – Polis memohon kerjasama orang ramai mengesan Muhammad Irfan Riduan, 23, yang dilaporkan hilang awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kehilangan penuntut Institusi Kemahiran Mara (IKM) Pekan itu dilaporkan bapanya pada 3.05 petang hari tersebut.

“Menurut bapanya, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya itu adalah melalui panggilan telefon pada 30 Mac lepas.

“Bagaimanapun, bapanya terkejut apabila menerima panggilan daripada pihak institusi pengajian itu mengatakan anaknya sudah tiga hari tidak hadir ke kelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, bapanya terus membuat laporan polis selepas gagal menghubungi dan mengesan keberadaan anaknya itu.

Beliau berkata, Muhammad Irfan mempunyai fizikal berkulit hitam manis, berbadan kurus dengan berat 70 kilogram dengan ketinggian kira-kira 160 sentimeter.

Mangsa juga dikatakan mempunyai motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran BLH 6332.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat, SM Siti Kamariah Tuman di talian 013-6432400 atau Pusat Kawalan Daerah (CCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di talian 09-4221222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast