Foto: FB Kuala Lumpur City

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) City FC menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) dengan jaringan 2-0, sekali gus mengutip tiga mata penuh dalam satu-satunya perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Skuad The City Boys memperoleh gol pertama menerusi Safawi Rasid pada minit ke-20.

Tuan rumah kemudian meraih peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Azwan Aripin pada minit ke-41, namun cubaan tersebut digagalkan penjaga gol KL City Julian Kammeraad.

Pasukan pelawat kemudian menggandakan kedudukan menerusi pemain import Kpah Sherman pada minit ke-53 yang menanduk bola hantaran lintang rakan sepasukan dan keputusan kekal 2-0 sehingga ke wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan kedudukan KL City melonjak ke tangga ketiga carta Liga Super dengan 42 mata manakala Kelantan di tangga ketiga tercorot dengan 15 mata. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast