Pelakon, Azar Azmi ketika diwawancara dalam program Nona.

KUALA LUMPUR – Pelakon Azar Azmi yang namanya hangat baru-baru ini susulan kes penipuan penjualan tanah kurnia dan darjah kebesaran mendedahkan titik terendah dalam hidupnya adalah hanya memiliki wang RM28 selepas dibebaskan polis.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Siti Azar Ameerah Azmi, 37, ketika diwawancara dalam program Nona itu berkata, dia bersyukur kerana mendapat sokongan moral daripada adik-beradiknya.

“Detik masa saya ditahan itu, saya tiada apa-apa langsung,” katanya.

Pelakon itu gagal menahan sebak apabila menceritakan baju yang dipakainya dalam program berkenaan milik arwah ibunya.

“Tudung ini kakak saya punya, baju arwah ibu, kasut kakak saya. Itulah yang ada pada saya ketika keluar dari situ,” tambahnya.

Berkongsi detik berdepan cabaran selepas ditahan, Azar Azmi berkata, dia takut untuk tampil di khalayak ramai kerana khuatir pandangan negatif yang dilemparkan terhadapnya susulan kes yang membabitkan suaminya itu.

Sebagai rekod, Mac lalu, Azar Azmi dan suaminya, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian RM1.5 juta, termasuk penjualan tanah kurnia dan urusan darjah kebesaran.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim memaklumkan, Azar Azmi dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes berkenaan.

Suaminya mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast