Seorang remaja perempuan (duduk belakang) bersama-sama remaja lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini untuk ditahan reman berkait kes penemuan seorang bayi.

JOHOR BAHRU – Pasangan remaja yang ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan seorang bayi perempuan di kawasan parkir sebuah surau di Taman Universiti, Skudai di sini Sabtu lalu, direman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap remaja lelaki berusia 18 tahun dan remaja perempuan berusia 19 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Atifah Hamizah di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang atau menyembunyikan bayi dengan niat meninggalkannya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, tangkapan terhadap remaja lelaki dan perempuan itu dibuat pukul 2.15 pagi tadi.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing terhadap mereka didapati negatif.

Terdahulu tular video seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan bersendirian di pekarangan sebuah surau di taman itu.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast