Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic 2026 turut diserikan dengan kehadiran Duta Eskayvie yang juga selebriti popular, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Syed menekankan bahawa kecemerlangan akademik hanyalah permulaan kepada cabaran yang lebih besar di masa hadapan.

Beliau menggesa pelajar agar terus berani mencuba, berfikir di luar kebiasaan dan tidak takut untuk menghadapi kegagalan dalam usaha mencapai kejayaan lebih besar.

“Kejayaan hari ini bukan tiket untuk selesa. Dunia sebenar menuntut keberanian, disiplin dan kesanggupan untuk berubah.

“Mereka yang berani mencuba perkara baharu adalah mereka yang akan terus relevan,” katanya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic 2026 baru-baru ini.

Syed Saddiq turut berkongsi formula kejayaan bersama para pelajar untuk memiliki tiga prinsip utama iaitu obsesi terhadap matlamat, disiplin yang konsisten dan keberanian mengambil risiko untuk mencuba jalan baharu.

Lebih 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari seluruh negara diraikan pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic 2026.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed berkata, kejayaan anak tidak lagi wajar diukur berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata, sebaliknya perlu dinilai secara menyeluruh merangkumi keupayaan mereka menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks.

Beliau berkata generasi muda kini perlu memiliki pemikiran kritis, daya tahan tinggi, kreativiti serta keupayaan menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

Menurutnya, pendekatan itu selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang menekankan pembentukan Insan Sejahtera, iaitu murid yang bukan sahaja berilmu, malah beradab, berkemahiran, berkeyakinan dan berdaya tahan.

Majlis yang menghimpunkan pelajar cemerlang SPM 2025 bersama ibu bapa dari seluruh negara dalam suasana penuh inspirasi dan penghargaan terhadap potensi generasi masa depan turut dihadiri, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast