UTHM menerima pengiktirafan sebagai peneraju kebolehpasaran graduan menerusi Talentbank Graduate Employability Index.

KUALA LUMPUR – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus melakar kecemerlangan apabila diiktiraf sebagai peneraju kebolehpasaran graduan menerusi Talentbank Graduate Employability Index, yang dinilai sepenuhnya berdasarkan maklum balas serta validasi majikan industri di Malaysia.

Pengiktirafan tersebut telah diterima oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini.

Berdasarkan dapatan indeks tersebut, empat bidang pengajian UTHM telah menerima pengiktirafan berprestij “Talentbank 6-Star Employer Choice”, iaitu Aerospace & Aeronautical, Analytics, Automotive dan Event Management.

Menurut Mas Fawzi, pencapaian itu mencerminkan tahap keyakinan tinggi pihak industri terhadap kualiti, kompetensi serta kebolehpasaran graduan universiti ini.

“Pengiktirafan ini turut memperkukuh peranan UTHM dalam memacu agenda kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi strategik bersama industri, agensi kerajaan serta komuniti alumni.

“Kami akan terus komited dalam melahirkan graduan holistik, berdaya saing dan berimpak tinggi selaras dengan keperluan pasaran kerja global serta aspirasi pendidikan tinggi negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast