Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

KUALA LUMPUR – Pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) tidak boleh dikompromi kerana kegagalannya akan memberi kesan langsung kepada kualiti penyampaian perkhidmatan awam, selain membuka ruang kepada kebocoran, ketirisan dan kelompongan dalam sistem.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Dr. Ismail Bakar berkata, kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) akan memberi kesan langsung kepada kualiti penyampaian perkhidmatan awam, di samping membuka ruang kepada kebocoran, ketirisan dan kelompongan dalam sistem.

Beliau berkata, SOP wajib dipatuhi secara konsisten dan tidak boleh dikompromi, selain perlu sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa agar kekal relevan, berkesan serta mampu memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap integriti pelaksanaannya.

Dalam konteks agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan awam, katanya, sebarang kelemahan dalam pelaksanaan SOP, termasuk dalam proses pemberian kelulusan atau lesen serta pelaksanaan tugas penguatkuasaan seperti pengurusan tahanan dan operasi lapangan, boleh menjejaskan keberkesanan sistem serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam secara keseluruhan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast