YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Sambutan Rasmi Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Perdana Putra, Putrajaya. 16 April 2026. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Australia Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memacu kerjasama dalam bidang tenaga antara Malaysia dan Australia terutamanya dalam gas asli cecair (LNG), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kedua-dua pihak telah memberikan tanggungjawab kepada Petronas dan pihak berkuasa Australia yang berkaitan untuk meneruskan perbincangan yang lebih terperinci selepas rundingan dua hala sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran tenaga global yang berterusan.

“Sebagai rakan kerjasama yang erat, Malaysia dan Australia berkongsi hubungan dua hala yang kukuh dan kami akan terus memberi keutamaan kepada perbincangan pada peringkat operasi.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Petronas dan perbincangan lanjut yang lebih terperinci akan diteruskan,” kata beliau pada sidang media sempena lawatan rasmi Albanese ke Malaysia di sini hari ini. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast