JAKARTA – Pasukan penyelamat Indonesia mengesahkan lapan individu yang berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang pagi semalam telah terkorban.

Serpihan helikopter itu ditemui di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Pegawai penyelamat, Leftenan Kolonel Nurrachman Gindha Dradhizya berkata, sebahagian mangsa telah ditemui di lokasi nahas.

“Empat mayat telah berjaya dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam beg mayat, manakala tiga lagi masih berada di dalam bangkai helikopter,” katanya pada lewat petang semalam.

Mayat mangsa terakhir masih dalam usaha pencarian setakat semalam.

Pasukan penyelamat memutuskan untuk menghentikan sementara operasi dan akan menyambung semula pada pagi Jumaat kerana cuaca gelap.

“Kami akan meneruskan operasi esok pagi, termasuk usaha memotong bangkai helikopter bagi mengeluarkan mayat yang masih berada di dalamnya,” tambah Dradhizya. – Agensi

Helikopter bawa lapan individu hilang di Kalimantan Barat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast