AZAM Baki meraikan kakitangan SPRM yang bakal menunaikan ibadat haji.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meraikan enam warga kerjanya yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, dalam satu majlis khas yang diadakan di Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Putrajaya hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, cabaran dalam menunaikan ibadah haji kekal sama walaupun peredaran zaman berubah, sekali gus menuntut kesabaran yang tinggi dalam kalangan jemaah.

“Saya berharap semua bakal jemaah haji dapat menunaikan rukun Islam kelima ini dengan sebaiknya dan dikurniakan haji yang mabrur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka yang terpilih sebagai bakal jemaah haji 2026 adalah Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Datuk Rasidah Abdul Karim; PKPs Mohammad Faiz Azmi (SPRM Cawangan Taiping); Muhammad Faizal Ismail (SPRM Pulau Pinang); Hajar Hashim dari Bahagian Khidmat Pengurusan SPRM; PKPj Ahmad Faiz Hasan dan PPj Haryazi Baharom dari Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat SPRM.

Pada majlis anjuran Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) SPRM itu, beliau turut menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada bakal jemaah haji berkenaan sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Penganjuran program tersebut mencerminkan komitmen SPRM dalam menjaga kebajikan warga kerjanya di samping memperkukuh nilai spiritual serta integriti dalam kalangan pegawai. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast