TNS Log Services kini berada pada kedudukan kukuh sebagai rakan logistik yang dipercayai oleh pelbagai perniagaan yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.

KUALA LUMPUR –  TNS Log Services mengukuhkan kedudukan sebagai rakan logistik yang dipercayai bagi perniagaan terbabit dalam perdagangan antarabangsa apabila mencapai penghantaran unit bersamaan 20 kaki (TEU) terbanyak pada tahun 2025.

Pengasasnya, Hanson Lee berkata, kejayaan itu menonjolkan sumbangan besar pihaknya sebagai sebuah syarikat logistik terhadap perdagangan global dan operasi logistik di negara ini.

“Rangkaian logistik yang luas serta kepakaran operasi syarikat membolehkan  menguruskan jumlah kontena yang besar sambil mengekalkan perkhidmatan penghantaran yang cekap dan menepati masa.

“Keupayaan mengendalikan jumlah TEU yang tinggi mencerminkan kecekapan operasi syarikat yang teguh serta perkongsian strategik merentasi talian penghantaran, pelabuhan dan rangkaian logistik.

“Pengiktirafan ini menyerlahkan peranan TNS Log Services dalam memudahkan perdagangan global dan menyokong kecekapan rantaian bekalan merentasi pasaran antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

TNS Log Services adalah penyedia penyelesaian logistik dan penghantaran antarabangsa yang mempakar dalam penghantaran fret (freight forwarding), pengangkutan kontena dan perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan.

Mengulas lanjut, Hanson menambah, pasukannya kekal komited untuk memberikan penyelesaian logistik yang cekap bagi menyokong perdagangan global dan pertumbuhan perniagaan.

“Pencapaian bersejarah ini mengukuhkan kedudukan TNS Log Services sebagai penyedia logistik yang dipercayai dalam industri penghantaran antarabangsa dan pengurusan rantaian bekalan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast