KUALA LUMPUR – Operasi pemprosesan permohonan Pekerja Berpengetahuan Asing (FKW) dijangka kembali stabil sepenuhnya menjelang suku kedua tahun ini.

Kementerian Digital berkata, beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca berlakunya tunggakan termasuklah kekangan sistem teknologi yang memerlukan pemprosesan manual, keterhadapan sumber tenaga kerja, serta peningkatan mendadak jumlah permohinan.

Jelasnya, situasi tersebut ini turut memberi kesan kepada Program De Rantau Nomad dan Program Usahawan Teknologi Malaysia (MTEP).

Sehubungan itu katanya, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meneruskan pemprosesan baki permohonan dengan melaksanakan beberapa langkah.

“Beberapa langkah interim telah dilaksanakan termasuk penempatan semula kakitangan, penyusunan semula aliran kerja,
pengambilan kakitangan sementara, serta penambahan sumber bersesuaian bagi meningkatkan kecekapan dan mempercepat tindakan pemprosesan.” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, setakat 15 April, sebanyak 3,600 permohonan tertunggak FKW berjaya diproses di peringkat MDEC untuk Tindakan lanjut.

Jelasnya, perbadanan tersebut perolehan platform digital baharu yang akan menyatukan ketiga-tiga program, iaitu FKW, De Rantau Nomad, dan MTEP bagi mengelakkan isu berulang.

“Platform ini akan mengintegrasikan automasi serta kecerdasan buatan (AI) bagi mengurangkan kebergantungan kepada proses manual dan meningkatkan kecekapan penyampaian,” katanya lagi.

Menurutnya, pelaksanaan modul aplikasi FKW dijadualkan bermula pada suku ketiga tahun ini, diikuti oleh De Rantau Nomad dan MTEP pada penghujung suku pertama tahun 2027.

“Langkah-langkah ini dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan yang cekap serta memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang.

“Kementerian komited untuk memulihkan keyakinan pihak industri, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama bagi bakat digital global,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast