Foto: © MASAHIRO SUGIMOTO/The Yomiuri Shimbun via AFP

TOKYO – Gelombang tsunami setinggi 80 sentimeter (31 inci) melanda sebuah pelabuhan di utara Jepun selepas gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud melanda kawasan itu hari ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gelombang tersebut diperhatikan pada pukul 5:34 petang (0834 GMT) di sebuah pelabuhan di Kuji, Iwate, kata JMA.

Sebelum itu, agensi berkenaan memaklumkan bahawa gelombang setinggi 70 sentimeter telah melanda pada pukul 5:32 petang.

Terdahulu, satu gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud melanda utara Jepun hari ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), yang turut mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi sehingga tiga meter (10 kaki).

Gempa itu berlaku pada pukul 4:53 petang (0753 GMT) di perairan Pasifik di luar wilayah Iwate di utara Jepun.

Gegaran tersebut cukup kuat sehingga menggegarkan bangunan besar sejauh Tokyo, ratusan kilometer dari lokasi gempa. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast