Individu yang disyaki memuat naik kandungan berunsur palsu di platform TikTok terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang disyaki memuat naik kandungan palsu di platform TikTok berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta ketua pesuruhjayanya.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan individu berkenaan telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan selain satu unit peranti komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut turut disita.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.

“Tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi untuk memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast