Foto: FB Hajiji Haji Noor

KOTA KINABALU – Sebanyak 1,912 mangsa daripada 385 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan mangsa ditempatkan di PPS Dewan Program Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Gas, Dewan SK Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi, Dewan Sibuga, dan SK Karamunting yang dibuka pada Ahad lepas.

“Dua lagi PPS telah dibuka pada Isnin, iaitu Dewan Serbaguna Warga Tua dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hwa. Trend mangsa yang ditempatkan di PPS pagi ini meningkat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan berkenaan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pada Ahad, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan memusnahkan kira-kira 1,000 rumah, melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast