ISKANDAR PUTERI – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan ahli keluarganya hilang sejak 30 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kehilangan Nurqayas Noor Mohamad iaitu remaja etnik Rohingya disedari keluarganya.
“Bapa remaja tersebut yang berusia 34 tahun melaporkan kehilangan anaknya itu di kawasan Gelang Patah.
“Remaja berkenaan berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat sekitar 50 kilogram, berkulit hitam manis dan hidung mancung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, alamat terakhir remaja berkenaan di nombor 8, Jalan Nusantara 3/4, Taman Nusantara, Gelang Patah di sini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nor Syafiqa Hamzon 013-7416882 atau pusat kawalan daerah Iskandar Puteri
07-5113622@Hotline 07-5114486. bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette
Caption gambar: Polis sedang mengesanNurqayas Noor Mohamad yang berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak 30 Mac lalu
















