Steven Sim

KUALA LUMPUR – Suntikan dana berjumlah RM5 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berfungsi sebagai ‘perisai ekonomi’ demi memastikan usahawan tempatan bukan sahaja mampu bertahan, malah kekal kompetitif di peringkat antarabangsa ketika berdepan krisis global.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif tersebut akan memastikan sektor
itu terus menjadi pemacu utama ekonomi negara, sekali gus menjamin kestabilan rantaian bekalan dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

“Inisiatif strategik ini diumumkan hanya sehari selepas YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahi) mengumumkan tiga langkah bagi membantu PMKS, termasuk jaminan pembiayaan RM5 bilion melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan berhad (SJPP),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, secara keseluruhan, pakej sokongan kepada PMKS kini bernilai RM10 bilion.

Katanya lagi, sektor itu menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta memberi peluang pekerjaan kepada lebih 8.1 juta pekerja di negara ini.

Tambahnya, Steven memberi jaminan KUSKOP akan terus memperkukuh usaha melalui pendekatan ABCD iaitu Anjakan
Produktiviti, Birokrasi Dipermudah, Capaian Modal dan Daya Akses Pasaran untuk memperkukuhkan PKMS.

Baru-baru ini, Anwar mengumumkan kemudahan khas dan jaminan pembiayaan berjumlah RM5 bilion bagi menyokong PKMS yang terkesan oleh krisis bekalan dan tenaga global.

Inisiatif itu yang merangkumi peruntukan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) menyasarkan untuk meringankan beban kos dan memastikan kelangsungan perniagaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast