Perjalanan sekeluarga dari ibu negara ke Cameron Highlands menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz untuk menziarahi ahli keluarga meninggal dunia bertukar tragedi, malam tadi.
Pemandu kenderaan maut manakala lima ahli keluarganya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter di Batu 21, Jalan Tapah- Cameron Highlands.















