Seorang pemandu maut selepas jentera berat yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam kolam buangan sisa di sebuah kilang sawit di Kampung Tersang, Raub, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Syariffudin Jemain, 37 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi.















