Penguat Kuasa JAINJ menahan seorang pengutip derma warga Thailand di hadapan sebuah pasar raya di Simpang Renggam, Kluang semalam.

KOTA TINGGI – Berpakaian jubah putih dan kopiah untuk menarik simpati orang ramai ketika mengutip derma secara tidak sah di sebuah pasar raya di sini semalam.

Perbuatan tersebut dilakukan seorang lelaki yang baru lagi bersara daripada kerja kerajaan dan datang dari negeri lain.

Bagaimanapun taktik pesara warga emas tersebut terbongkar apabila orang awam membuat aduan kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

JAINJ memaklumkan, sebelum suspek diberkas pihaknya membuat rondaan di pasar raya berkenaan sebelum menerima aduan awam pada pukul 10.30 malam.

“Kita menahan lelaki terbabit yang berumur 60 tahun sewaktu sedang mengutip derma. Turut dirampas adalah tabung derma dan beberapa dokumen.

“Lelaki ini adalah pesara kerajaa. Dia datang ke Kota Tinggi bersama-sama isteri, anak dan cucu sambil bersiar-siar selepas pencen,” menurut kenyataan berkenaan.

JAINJ memberitahu, mereka tinggal di hotel di sini selama dua hari sambil memperdaya orang ramai mengutip derma.

Tindakan lelaki tersebut mencurigakan sehingga orang ramai tudak percaya dan buat aduan kepada penguat kuasa JAINJ.

Jelas JAINJ, derma tersebut kononnya untuk kebajikan sebuah sekolah tahfiz di salah sebuah negeri.

Siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang surat kebenaran mengutip derma dari Johor atau negeri lain.

Sementara itu, seorang lelaki warga Thailand berumur 31 tahun ditangkap di sebuah pasar raya ketika mengutip derma di Simpang Renggam, Kluang, semalam.

Dia diberkas pukul 10.35 pagi dan mendakwa derma tersebut kononnya untuk kebajikan anak yatim dan sekolah tahfiz di selatan Thailand.

“Berdasarkan kes-kes sebelum ini, institusi agama iaitu masjid, surau, sekolah tahfiz, anak yatim dan lain-lain yang didakwa oleh mereka adalah palsu dan duit itu masuk poket sendiri tanpa sesiapa audit,” ujar JAINJ.

Kedua-duanya ditangkap di bawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kegiatan sama terlalu banyak berlaku di Kuala Lumpur..tanpa tindakan dari pihak berkuasa baik jabatan kebajikan masyarakat, ugama dan PDRM juga PBT…SEMUA SELESA REHAT SELEPAS WAKTU PEJABAT ?????

Comments are closed.