Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, kemasukan wang berjumlah RM19.5 juta ke dalam akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diragui kerana transaksi tersebut melibatkan jumlah yang banyak dan dilakukan secara kerap.
Norazeanti Miswan, 38 tahun berkata, kesemua 29 transaksi itu diterima daripada sebuah syarikat pembinaan, Mamfor Sdn. Bhd. yang juga pelanggan bank melalui cek di antara 12 Mei 2021 dan 16 November 2022.















