MACC logo Seri Iskandar airport land sales Perak
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah merakam percakapan seorang penganalisis politik yang juga merupakan saksi membabitkan siasatan berhubung sebuah projek semikonduktor yang dibiayai kerajaan bernilai kira-kira RM1.1 bilion.

Menurut sumber, saksi hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dekat sini bagi memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan.

“Saksi tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi tadi dan fokus sekarang adalah untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, saksi telah dilepaskan pada pukul 6.30 petang tadi dan akan disambung lagi esok pukul 10 pagi, – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast