Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) bagi Tahun Taksiran 2025 untuk individu dilanjutkan selama 15 hari lagi sehingga 15 Mei 2026.

Sebelum itu, tarikh akhir pengemukaan selain individu iaitu pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu hindu yang tidak menjalankan perniagaan adalah pada 30 April 2026.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berkata, perkhidmatan e-Filing boleh diakses terus di https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi di https://www.hasil.gov.my.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia menyarankan pembayar cukai memanfaatkan tempoh lanjutan ini dengan mengemukakan BN lebih awal bagi memastikan kelancaran proses dan mengelakkan kesesakan capaian sistem menjelang tarikh akhir.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia menasihatkan pematuhan terhadap tarikh akhir yang ditetapkan adalah penting bagi mengelakkan sebarang tindakan di
bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, termasuk pengenaan penalti ke atas kelewatan atau kegagalan mengemukakan BN.

Sebagai panduan, pembayar cukai disarankan merujuk nota penerangan BN yang berkaitan sekiranya terdapat kekeliruan atau memerlukan penjelasan lanjut sebelum
mengemukakan BN masing-masing.

Pembayar cukai juga digalakkan untuk membuat semakan awal ke atas semua dokumen dan maklumat percukaian termasuk penyata pendapatan, resit serta rekod berkaitan bagi tujuan pelaporan cukai.

Pengisian dan pelaporan cukai hendaklah dilakukan dengan teliti bagi memastikan pengemukaan BN dibuat dengan tepat, lengkap dan teratur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast