Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkongsi reaksi berhubung penahanan rakyat Malaysia ketika menghadiri Forum “MyDigital ID: Powering Trusted Digital Access Across Malaysia’s Digital Ecosystem” di Putrajaya.
Beliau menzahirkan harapan agar semua yang terlibat diberikan keselamatan dan kekuatan dalam menghadapi cabaran tersebut. Dalam masa sama, beliau memaklumkan bahawa kerajaan akan meminta Menteri Luar untuk menggerakkan usaha diplomatik melalui hubungan baik dengan rakan-rakan negara.















