Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Datuk Seri Dr. Zaini Ujang bercakap pada sesi dialog pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 sempena Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2026.

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran mempertimbangkan penubuhan akta khusus bagi memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035.

Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, cadangan itu melibatkan penubuhan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia melibatkan universiti awam (UA) dan institusi pendidikan tingi swasta (IPTS) perlu ditubuhkan.

“Akta TVET perlu ditubuhkan namun penggunaan istilah TVET dilihat perlu diperhalusi memandangkan skopnya yang semakin luas dan tidak lagi terhad kepada bidang teknikal semata-mata malah merangkumi bidang lain seperti bahasa.

“Definisi TVET ketika ini agak longgar. Justeru, akta khas diperlukan bagi memperjelas skop serta memperkukuh pemantauan,” katanya.

Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Datuk Seri Dr. Zaini Ujang bercakap pada sesi dialog pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 sempena Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2026.

Beliau berkata demikian pada Forum Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 bertajuk Menilai Dasar-Dasar Pendidikan Bumiputera sempena UlangTahun UMNO ke-80 di sini hari ini.

Sementara itu, Zaini memberitahu, isu brain drain perlu ditafsir sebagai aliran bakat global yang memberi manfaat kepada negara dan tidak boleh dilihat dalam aspek kerugian semata-mata.

Beliau berkata, senario tersebut hanya mampu direalisasikan sekiranya negara memiliki tenaga profesional yang mencukupi serta sistem pendidikan yang baik dan berdaya tahan.

“Saya hendak mengajak agar kita berfikir bahawa brain drain itu ditukar dan dianggap sebagai brain main. Ia diibaratkan sebagai satu paip yang bekalkan air sangat besar. Ini bermakna boleh ditafsir sebagai aliran bakat global yang memberi manfaat kepada negara.

“Contohnya doktor pakar ke United Kingdom atau jurutera ke Arab Saudi. Ini hanya boleh berlaku jika kita mempunyai kapasiti bakat yang mencukupi dan sistem yang kukuh,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast