Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberikan respon kepada media selepas Majlis Penutup Kongres Pendidikan Bumiputera di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Beliau mengulas kenyataan tiga sayap Barisan Nasional Negeri Sembilan yang menyatakan ketidakpercayaan terhadap Menteri Besar. Menurut beliau, pandangan tersebut adalah pendapat individu, namun menegaskan bahawa kehadiran ADUN BN dalam kerajaan perpaduan Negeri Sembilan adalah keputusan parti yang perlu dihormati oleh semua pihak.















