Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden di Kondominium Sri Hijau itu pada 7.08 malam.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 14 minit kemudian.

“Maklumat awal mendapati kanak-kanak berkenaan disyaki jatuh ke dalam longkang untuk mengambil bola, semasa kejadian berlaku arus longkang deras dan disyaki mangsa dibawa arus,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Mukhlis berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa kini giat dijalankan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast