Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak berlaku perubahan tampuk pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan apabila jawatan Menteri Besarnya masih disandang oleh Datuk Seri Aminuddin Harun, meskipun tergugat susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan.
Perdana Menteri menegaskan supaya semua pihak termasuk pimpinan UMNO bertenang serta menghormati titah Yang di-Pertuan Besar yang mahu Aminuddin yang juga ADUN Sikamat, meneruskan tugas seperti biasa.















