AED 3.0 dianjurkan oleh Aviation Career Malaysia (ACM) dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Meatech dan Meatech TTC.

KUALA LUMPUR – Kolej Antarabangsa Meatech membuka peluang kepada 500 tempat kepada pelajar baharu bagi pengambilan akan datang sebagai usaha membina masa depan bakat industri penerbangan di negara ini.

Pengarah Sekolah Hospitaliti Penerbangannya, Che Rozaina Azizan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 100 kuota tambahan dibuka sempena Aviation Experience Day 3.0 (AED 3.0) yang berlangsung semalam.

Menurut beliau, pelajar yang terpilih akan mengikuti kursus Diploma Penyelenggaran Teknologi Pesawat,  Diploma Pengurusan Kargo Udara, Diploma Pengurusan Operasi Lapangan Terban dan Ijazah Pengurusan Penerbangan.

“Selain itu, mereka juga boleh mengikut Program Higher Technical Vocational Education and Training (HTVET)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) iaitu latihan kompetensi intensif selam tiga bulan.

“Justeru, AED 3.0 ini bukan sekadar acara pendedahan tetapi direka sebagai pada kepada transformasi kerjaya kerana industri penerbangan kini menawarkan lebih daripada sekadar pekerjaan iaitu kerjaya bertaraf global.

“Ia juga buka satu acara tahunan namun mahu mencapai matlamat besar ACM dalam dalam mengubah persepsi kerjaya penerbangan, membuka akses kepada peluang sebenar dan embina generasi profesional masa hadapan sebagai platform utama untuk mereka yang serius mahu memasuki industri penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan.

ACM turut mengumumkan pelantikan Kapten Mushafis Mustafa Bakri sebagai Penasihat Industri Penerbangan.

AED 3.0 dianjurkan oleh Aviation Career Malaysia (ACM) dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Meatech dan Meatech TTC turut mengumumkan pelantikan Kapten Mushafis Mustafa Bakri sebagai Penasihat Industri Penerbangan kolej itu.

Mengulas lanjut, Che Rozaina berkata, sejak penubuhannya, ACM memposisikan dirinya bukan sekadar sebagai platform pendidikan tetapi sebagai pemacu utama pembangunan bakat industri penerbangan yang menghubungkan dunia akademik dengan realiti industri sebenar.

Melalui AED 3.0 kata beliau, ACM memperkukuhkan jenamanya sebagai platform merapatkan antara pendidikan dan industri, pencipta saluran bakat untuk memenuhi keperluan tenaga kerja penerbangan dan ekosistem pecutan kerjaya untuk generasi muda

“Pendekatan ini menjadikan ACM sebagai antara entiti yang memainkan peranan penting dalam menyokong agenda pembangunan bakat negara selari dengan aspirasi HiTVET Malaysia dengan tema #NextGenExpert: Membina Generasi Profesional Bertaraf Global

“Tema itu bukan sekadar slogan, tetapi refleksi kepada visi ACM dalam melahirkan generasi profesional yang bersedia untuk industri global,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast