Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hadir pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Perdagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 MEI 2026.

KUALA LUMPUR – – Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarahkan mempercepatkan penyediaan pindaan akta baharu bagi memperkukuh tadbir urus serta peranan agensi itu dalam pembangunan Bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, draf akta tersebut perlu disiapkan segera tanpa berlengah.

“TPM (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) arahkan supaya siap sebelum akhir tahun, saya tetap tak perlu tunggu. Nak tunggu sampai enam, tujuh, lapan bulan, sebab apa?

“Beri draf kepada saya dalam tempoh tiga bulan,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Minggu lalu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 akan dipinda bagi menambah baik aspek tadbir urus agensi pemerkasaan Bumiputera itu.

Malah katanya, draf pindaan akta itu sudah siap dan kini dalam peringkat sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast