Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkongsi hala tuju baharu MARA termasuk pindaan Akta MARA yang disifatkan sebagai langkah futuristik untuk menghadapi 100 tahun akan datang.
Dalam ucapan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, beliau mendedahkan bahawa akta baharu itu akan dibentangkan dalam tempoh tiga minggu selepas dicabar oleh Perdana Menteri.















